Ep 1 : Best Ke Produk Tempatan?

 

Hye ! Assalamualaikum jelitawan semua!!
    Hari ni, Anggun nak share kat semua orang yang sebenarnya banyak produk local yang bagus-bagus! Antaranya produk-produk dari MERMATTE MALAYSIA HQ ni.

    Mana Anggun tahu tentang produk ni? Anggun dapat internship degree kat sini, mulanya nak intern kat tempat lain, tapi lambat feedback yang Anggun dapat dari syarikat-syarikat lain. So, Anggun try lah pergi interview kat sini. Alhamdulillah dapat.

    Sebenarnya Anggun tak tahu pun tentang jenama ni tapi lepas dah kerja kat sini, rupa-rupanya banyak sangat kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk kosmetik kat sini. Pertama kalinya Anggun diperkenalkan dengan Teknologi Korea yang diperkenalkan pada saya disini iaitu 'Airless Pump'.

    Nak tahu tak teknologi ni macam mana? Teknologi ni menggunakan kaedah tekanan angin pada bahagian liquid foundation yang menyebabkan foundation tersebut terkeluar. Press Me! Perfect Foundation ini adalah foundation tempatan pertama yang telah menggunakan teknologi korea ini. HEBAT BUKAN?

Press Me! Perfect Foundation.

    Produk ini lah yang Anggun bagitahu tadi. Best sangat foundation ni sebab dia sangat mudah dibawa kemana saja. Best tau!! macam Anggun pelajar, kaki travel sana sini sebab dia dah siap-siap dengan cermin and puff. Lepas ni korang dah tak perlu bawak brush or beauty blend dah!! Cuma picit je button, dap dap dap diseluruh muka pun boleh siap! 

    Senang je kan? Anggun sebagai pelajar memang suka sangat pakai foundation ni sebab dia menjimatkan masa Anggun nak ke kelas, jumpa pensyarah, jumpa kawan-kawan dan jumpa buah hati (hehe gurau je).

    Kenapa Anggun kata produk ni bagus? haa korang mesti nak tahu dan tertanya tanyakan? Lagi-lagi sekarang ni dah banyak sangat produk tempatan yang sangat-sangat tak bagus yangboleh rosakkan kulit muka dan tak boleh dipercayai! haa.. Produk Mermatte Malaysia Hq ni juga dibantu oleh MARA tau! Bukan produk timbang kilo yang tak elok untuk kulit kita tu!
 
Sampai sini dulu okay Jelitawan semua, nanti Anggun share apa khasiat yang kita boleh dapat dalam product ni. Tunggu tau!
   

Comments